toko-delta.blogspot.com

menu

instanx

Senin, 26 Juli 2010

Pelakon Pian Cecupak mandi susu selepas STOP mengambil suntikan?



Pelakon Pian Cecupak mengaku terpaksa mandi susu sejak beberapa bulan lalu apabila badannya menjadi gatal selepas berhenti mengambil suntikan untuk 'mencantikkan' tubuh badannya.

Kata Pian, badannya menjadi gatal-gatal apabila dia tidak lagi melakukan suntikan yang sebelum ini dilakukan pada bahagian perut dan belakang badan.

“Saya tidak tahu kenapa badan saya jadi sedemikian tetapi saya syak mungkin kerana saya tersalah mengambil ubat ketika melakukan suntikan itu,” katanya.

Pian menceritakan pengalaman tersebut dalam rancangan Fenomena Seni terbitan RTM1 yang disiarkan secara langsung petang semalam.

Rancangan yang membicarakan tajuk Suntik… Cantik Ke? turut membariskan pelakon Julia Ziegler dan pegawai perubatan kulit dan esentik dari sebuah klinik swasta, Dr. Suzana Hasnan.

Rosyam Nor bertindak sebagai pengacara dalam rancangan yang disiarkan selama sejam bermula pukul 2 petang itu.

Menurut Pian, dia tidak berasa malu membuat pengakuan tersebut kerana mempunyai sebab tersendiri kenapa melakukan suntikan.

Katanya, tindakan itu pada mulanya disebabkan dia mahu mengubati bibirnya yang sumbing.

Tambahnya, walaupun dia seronok membuat suntikan berkenaan tetapi dia tidak menafikan menerima kesan negatif yang tidak pernah difikirkannya selama ini.

Berdasarkan pengalaman itu, dia menasihati golongan artis yang sememangnya sudah memiliki wajah menarik dan rupawan supaya tidak melakukan perbuatan sedemikian.

Dalam masa yang sama katanya, artis-artis yang membuat pembedahan wajah tidak perlu hipokrit untuk menyembunyikan perbuatan mereka itu kerana perubahan pada wajah dapat dilihat oleh sesiapa sahaja dengan jelas. “Walaupun ada artis yang tak mengaku mereka melakukan suntikan atau membuat pembedahan kepada wajah tetapi saya sendiri boleh tahu. Orang yang macam itu pada saya seorang yang hipokrit,” katanya.

Sementara itu Ifa Raziah yang dihubungi dalam rancangan itu turut mengaku selama ini dia juga membuat suntikan untuk kelihatan lebih cantik.

Menggelarkan dirinya sebagai “ratu suntik” Ifa turut berhasrat berlakon dalam sebuah drama yang diadaptasikan daripada pengalamannya itu.

Bagaimanapun pelakon itu masih lagi merahsiakan projek terbarunya itu.
Anda mungkin juga meminati:

0 komentar:

toko-delta.blogspot.com

Archives

Postingan Populer

linkwithin

Related Posts with Thumbnails

Total Tayangan Halaman

Diberdayakan oleh Blogger.